BAB
3
Aku
dapat melihat kelibat ramai orang di Lapangan Terbang Antarabangsa
Bayan Lepas. Tiba – tiba, mata aku tertancap pada susuk tubuh yang
amat aku rindui. Sudah menggunung rasanya rasa rindu ini. Aku terus
berlari mendapatkan ahli keluarga aku. Dilihatnya ialah ibu, ayah,
Pak Su Nazrin dan juga sepupu kesayangan aku, Nurhidayati An - Nur An
– Nur.
Aku
terus memeluk tubuh tua yang kini berada di hadapanku ini. Lantas aku
mencium penuh hormat tangan ibu , ayah , Pak Su Nazrin dan membiarkan
tangan aku dikucup lembut oleh sepupuku. Aku ialah sandaran utama
keluarga kerana aku ialah anak sulung, bukan sahaja anak sulung,
tetapi juga cucu sulung. Aku berasa lega kerana aku telah menunjukkan
contoh yang baik kepada ahli – ahli keluargaku yang lebih muda.
Rindunya aku pada mereka semua!
“
Ibu! Dah makan bu? Ayah? Hangpa semua dah makan?” tu dia, dah
keluar dah pelat Penang aku! Aku sudah tidak sabar untuk berbual
dengan insan – insan yang amat aku sayangi. Orang lain yang aku
tanya tapi orang lain yang menjawabnya. Siapa lagi kalau bukan
Nurhidayati An - Nur An – Nur? Tak apalah, aku rindu dia juga.
“
Kami semua rindu hanglah! Hang tak ada benda lain ke nak sembang?
Asyik – asyik makan. Makan, makan, makan. Tanya lah menda
lain,ketinggalan zaman betul. Padahal dah berapa tahun duduk kat
Amerika tu!”
Aku
menekup mulut menahan tawa. Apabila Hidayati menyebut, ' makan,
makan, makan, ' ingatan aku terus kembali pada zaman sekolah menengah
aku.
Nur
Anis Fakhirah , seorang gadis tembam , gebu dan comel. Tidak lupa
juga sikapnya yang selalu selamba membuatkan aku tidak jemu berkawan
dengannya. Terubat juga rasa rindu aku di kala Afifah tiada di
sisiku.
Begini
ceritanya, setiap kali selepas waktu rehat, pastinya Anis akan
membawa ' buah tangan ' dari kantin. Apa lagi kalau bukan makanan?
Kalau dah berani sampai bawa makanan naik ke kelas, mestilah berani
menanggungnya.
Anis
penuh dengan muslihat. Segala pelosok yang ada dalam kelas pasti akan
dicerobohinya untuk menyembunyikan harta karunnya. Taktiknya itu
berjaya terhadap semua orang. Setiap kali pasti Anis akan
terperangkap pada seorang jejaka bertuah ini. Namanya ialah
Hemabushan. Ha! Ha! Ha! Sehebat mana pun pasti tidak dapat menandingi
sifunya kan?
Hemabushan
ni pun satu. Nama aje pengawas, tapi kerja memanjang menyorok
makanan. Tapi yang dia ni lagi hebat, sebab dia sorok makanan sekali
dengan tisunya. Nak lap tangan kan senang?
Setiap
kali nampak Anis menyorok makanannya, pastinya dia akan menjerkah
Anis,
“
Makan! Makan! Makan!” Terus tawaku akan pecah pada ketika itu
juga..... Dan masih lagi begitu sehingga sekarang.
“ Apa
yang lawak sangat Rysha? Hang ni waras ke tak? Nak ibu bawak pi
hospital?” Ibu yang sedari tadi diam mula membuka mulut. Sungguh
aku rindu akan suara ibu yang bagaikan dodoian buatku. Tapi ibu aku
ni loq – laq sikit. Cakap, straight to the point. Tak pernah
terfikir sebelum bercakap. Sebab itu yang buat aku sayang ibu lebih
ni..
“
Tarappa la bu. Cuma Rysha flashback tadi..” Aku menjawab lebih
kepada hendak ' cover line'. Takkan aku nak habaq kat ibu kot? Buat
malu kawan aku aje!
Habaq
= beritahu ( pelat pekat Pulau Pinang) yang sebenarnya tak wujud pun
dalam Kamus Dewan!
“
Hang nak makan apa Rysha sayang?” Kini ayah menyoal aku pula.
Terharunya aku setiap kali ayah panggil aku sayang. Terasa diri ini
sungguh disayangi. Kalau boleh, aku nak rakam setiap perkataan sayang
yang keluar dari mulut ibu dan ayahku. Ehem... Sayang yang hanya
ditujukan kepada aku..
“
Ayah, hari ini Rysha nak belanja pula boleh tak? Kita makan dekat
Nando's yang ada kat dalam airport ni. Dah lama rasanya tak makan kat
situ. Kempunan pulak.” Aku memberi cadangan kepada mereka. Niat
sebenar aku ialah untuk mengisi perut aku yang dah mainkan konsert
rock kapak. Kriuk sana, kriuk sini. Tak pasal – pasal aku kena
tuduh nak kentut! Tak ke naya kat aku sahaja?
“
Helo mak cik, mengaku sajalah yang hang tu sebenaqnya lapaq. Ati
tengok Kak Rysha ni asyik nak kontrol cun! Entah – entah dah ada
pakwe kat U.S tu?” Sengaja Nurhidayati An - Nur mengusik aku. Hamek
hang, selalu sangat buli aku masa aku kecik! Huh! Mentang –
mentanglah dia lagi tua, sedap – sedap badan dia aje nak kutuk aku.
Tapi aku sayang la Kak Rysha aku ni....
Aku
terasa darah hangat menyerbu ke muka aku. Malu! Apa dengan budak ni?
Tak malu ke Pak Su aku yang juga bapa dia ada sekali? Lebih – lebih
lagi ayah dengan ibu aku. Apa pula
tanggapan
ibu pada aku? Tak boleh jadi ni, mesti kena balas balik dengan
bazooka!!
“
Yati, hang tak boleh makan banyak. Nanti tak ada orang nak pandang
kau. Nak kahwin? Lagilah tak! Nanti hang cakap aku punya pasal tak
ada orang nak masuk meminang. Aku bukan apa, aku takut hang tukaq
jadi Chucky!” Selamba aku berceloteh. Nah hamek kau! Nak sangat
main dengan profesional kan?
Aku
lihat muka Nurhidayati An - Nur sudah berubah merah. Aku ketawa
terbahak – bahak. Tak ada langsung rasa malu. Mukanya semakin
merah. Aku tidak pasti sama ada menahan malu atau geram yang teramat.
Aku takut apa? Aku kan sifu besar? He.. He...
“
Pa, tengoklah Kak Rysha pa. Dari dulu sampai sekarang tak ubah
perangai langsung. Ingatkan dah insaf, tapi makin teruk adalah!”
Mari sudah perangai Nurhidayati An - Nur yang manja. Dia mula membuat
muncung sedepanya. Tak comel langsung! Buruk bebenor. Masa budak dulu
dia buat nampak comel la, tapi sekarang gerun sungguh aku tengok.
Agaknya betul apa yang Afifah cakap. Mungkin juga aku nampak buruk
ketika aku memuncungkan bibir aku. Tapi, yang itu kan tindakan
refleks aku jika merajuk? Takkan aku nak membeliakkan mata jika
merajuk? Senang cerita aku pakai mask aje!
Lagi
menjadi muncungnya apabila Pak Su Nazrin aku menjawab,
“
Biaqlah... Baru balik tu. Nak lepas rindu la budak tu. Pak Su sayang
Rysha tahu tak?”
Lagi
aku meluat apabila muncungnya sudah melebih -lebih! Kang tangan aku
yang gatal ni ikat riben keliling mulut tu baru tahu!
Aku
hanya tersenyum menyerlahkan kedua – dua belah lesung pipitku.
Comel! Cair hati mana – mana jejaka yang memandang.
Yei!
Yei! Ni yang best ni, semua orang backing aku. Nurhidayati An - Nur
sudah menghentakkan kakinya laju menuju ke arah aku. Takut juga aku
dibuatnya, seperti King Kong mengamuk! Aku cuba berlagak selamba.
Lantas
dia memaut lenganku dan mencium pipi kiriku seraya memelukku dengan
erat.
“
I miss you sis. I love you. Don't you ever forget that.” Aku
sungguh terharu mendengar kat a – katanya. Agaknya Nurhidayati An -
Nur ni jatuh cinta tak? Pada siapa ek? Kata – katanya jelas
menunjukkan bahawa dia memang telah jatuh cinta pada seseorang.
Biarlah... Dia bukan budak lagi. Aku juga turut gembira untuknya.
Yang aku pelik ni, kenapa aku susah sangat nak jatuh cinta? Eloklah
tu. Membuktikan cinta aku terhad, hanya untuk orang tertentu.
Pertama, Allah. Kedua, Rasulnya. Seterusnya ibu dan ayah. Tidak lupa
juga bakal suami aku. Siapa lah lelaki ' bertuah ' itu. Kalau dia
tahu aku ni tak Romantika De Amo, mahu terus dia cabut!
Aku
pun nak tunjuk pandai juga. Aku menjawab dalam bahasa asing.
“
Moi aussi”
Moi
aussi = aku juga
Dalam
bahasa Perancis. Jangan pandang rendah tau, bahasa Perancis aku A+.
Masa mula – mula ambil kelas Perancis di Harvard, mahu sahaja aku
menangis. Satu apa pun aku tak tahu! Aku pun merangkak lagi perlahan
daripada kura – kura nak catch up dengan pelajarannya. Nasib baik
tutor aku banyak membantu aku. Akhirnya, aku berjaya juga memperoleh
A+ dalam bahasa Perancis.
“
Dah mula dah bahasa Bangla dia!” Marah Nurhidayati An - Nur.
Pastinya dia marah jika apa yang dikatakan oleh aku langsung tidak
difahaminya. Aku pun akan marah jika aku tidak faham apa yang
diperkatakan oleh seseorang itu. Dalam kes aku, aku dah ' terbiasa '
usik sepupu aku ni!
“
Kalau tak tahu maknanya, habaq je la..”
“
Mana ada. Ati saja nak uji kalau akak ingat lagi bahasa Bangla tu.”
“
Bukan Bangla, tapi Perancis. Macam ni faham? Wah hebatnya, faham
maksud tapi tak faham bahasa!” Tak mahu mengaku juga minah sekor
ni!
“
Ye la....”
Huh!
Nasib baik mengalah juga! Kalau tak,memang aku ingat nak wrestling
dengan dia. Bigshow pun boleh kalah dengan aku! Aku juara dalam bab
ganas – ganas ni. Tapi aku juga kosong dalam bab mengayat orang.
Tak boleh buat apa dah, teruk sangat!
No comments:
Post a Comment
surat layang untukku:-)